“Jom kita ke sana”. “eei.. seganlah...” Itulah respon yang sering kita dengar seandainya tempat yang hendak di tuju itu berkaitan dengan aktiviti agama. Tidak kira majlis yang diadakan itu di tempat terbuka atau tertutup, pengunjung yang menghadirinya hanyalah terdiri di kalangan ustaz ustazah dan sebilangan kecil umat Islam yang lain. Fenomena ini kerap melanda bukan sahaja bagi acara yang besar, malah dari acara yang sekecil majlis tadarus Al-Quran peringkat sekolah lagi.
Kerap terdengar keluhan di kalangan guru-guru agama tentang majlis yang mereka laksanakan kurang mendapat sambutan dan kerjasama dari guru lain. Malah terselit juga suara-suara sumbang yang mengatakan majlis keagamaan ini di anak tirikan. Bila kita perhatikan, kenyataan tersebut bukan sekadar omongan kosong tetapi terbukti dengan kehadiran penonton yang begitu sedikit. Kenapa dan mengapa situasi ini sampai terjadi?. Semua yang berlaku itu pasti ada penyebabnya. Sama ada dari diri kita sendiri atau cara pelaksanaan yang kita lakukan.
Sekiranya kita bertanya kepada lelaki muslim mengapa mereka tidak memakai serban atau seumpamanya, kebanyakan jawapan yang diberikan ialah mereka sukar mendapat kawan sekiranya berpenampilan demikian. Perkara ini bukanlah perkara yang besar untuk didebatkan kerana tutup kepala bukan wajib ke atas lelaki. Mereka boleh bersikap terbuka tentang pakaian untuk meluaskan pergaulan. Dengan ini dakwah di kalangan rakan pasti berlaku. Mengapa pula kita tidak bolah bersikap terbuka dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti bagi mendorong individu yang susah atau malu untuk sama-sama ke majlis agama.
Kita fokuskan kepada acara tahunan di sekolah tentang majlis tadarus al-Quran. Penglibatan guru-guru lain dalam majlis tersebut begitu terhad. Ada yang mengeluh AJK pengendali majlis tersebut sukar di cari kerana kebanyakan guru agama di sekolah rendah sekerat cuma. Kita seharusnya sedia maklum, menjadi hakim bagi semua acara itu bukanlah wajib tertumpu kepada guru agama sahaja. Dalam acara bercerita dan festival nasyid umpamanya, kita boleh beri penghargaan kepada guru lain untuk mengadilinya. Bahkan cuba usahakan untuk melibatkan semaksima mungkin guru lain sama ada sebagai juru acara, penjaga masa, juru kira markah serta jurulatih dalam sesuatu acara dan sebagainya. Malah mereka juga boleh memegang jawatan yang penting dalam sesuatu aktiviti. Peranan kita memastikan agar mereka tidak kekok untuk bersama menjayakannya. Seboleh-bolehnya guru agama hanya sebagai pengiring atau pemudah cara. Dengan cara ini, pandangan bahawa majlis agama adalah tertutup akan terhakis. Walaupun kurang berjaya pada peringkat awal, namun lama kelamaan dengan sendirinya majlis tersebut akan menjadi majlis bersama.
Meskipun corak pelaksanaan dalam sesuatu majlis digarap indah, namun tetap tidak mampu menarik perhatian masyarakat ramai sekiranya sikap kita memandang serong dan negatif terhadap masyarakat yang ingin dipancing. Terdapat segelintir di kalangan kita menunjukkan sikap menentang dan prejudis terhadap individu yang agak liat ke majlis-majlis agama apatah lagi untuk beribadat. Sebagai pendakwah, kita seharusnya tahu mendekati dengan cara berhikmah. Bukan dengan membiarkan sambil merenung dengan pandangan sangsi. Dengan sikap ini kita seolah-olah menutup peluang untuk orang mendekati Islam. Seharusnya kita lebih bersikap terbuka dan prihatin terhadap golongan tersebut.
Bagaimana mendekati masyarakat umum sedangkan dengan jelas kita mengelak untuk didekati. Ulat bulu berjaya keluar dari kepompongnya untuk menjadi seekor rama-rama yang cantik. Justeru marilah kita keluar dari kepompong ciptaan kita sendiri yang menjadi jurang pemisah dari masyarakat ramai.
Wah, pandainya kawan sa ni menulis!Tahniah.... ya betul2..lain kali kasi libat semua org..ha ha ha ha sa pun pernah jd hakim apa hohohohohohoh wlaupun bkn ustjah hihihihii
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest
ReplyDelete